houseofperak.com

Terma & Syarat Pendaftaran Ahli House of Perak

Dengan mendaftar sebagai Ahli House of Perak (Affiliate, Rujukan, Stockist atau Agent), anda mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi semua Terma & Syarat berikut:

1. Penerimaan Terma Anda bersetuju untuk mematuhi Terma & Syarat ini serta Polisi Privasi House of Perak. House of Perak berhak mengubah terma ini pada bila-bila masa. Perubahan akan berkuat kuasa sebaik sahaja diterbitkan di laman web rasmi.

2. Kelayakan Pendaftaran Anda mestilah berumur 18 tahun ke atas, memiliki akaun bank yang sah di Malaysia, dan memberikan maklumat yang benar. House of Perak berhak meluluskan atau menolak sebarang permohonan tanpa sebab.

3. Program Rujukan & Komisen Komisen hanya dibayar berdasarkan jualan sebenar produk House of Perak yang berjaya dirujuk. Kadar komisen adalah mengikut struktur semasa dan boleh diubah dari semasa ke semasa.

4. Tiada Jaminan Pendapatan House of Perak tidak menjamin sebarang jumlah komisen atau pendapatan. Semua pendapatan bergantung kepada usaha dan jualan sebenar anda.

5. Larangan Claim “Pelaburan” Anda dilarang menggunakan perkataan seperti “pelaburan”, “skim pelaburan”, “untung tetap”, “pulangan terjamin” atau sebarang frasa yang mengelirukan. House of Perak adalah perniagaan jualan collectibles perak tulen 999.9 dan barangan warisan sahaja.

6. Tanggungjawab Ahli Anda bersetuju untuk mempromosikan produk dengan jujur, tidak menggunakan spam atau cara yang menyalahi undang-undang, serta mematuhi garis panduan MCMC Malaysia.

7. Pembayaran Komisen Komisen yang telah diverified akan diproses dan dibayar dalam masa 2 minggu selepas tarikh verified atau mengikut jadual pembayaran House of Perak. Anda mesti mencapai minimum payout yang ditetapkan sebelum pembayaran dibuat. Semua bayaran akan dimasukkan ke akaun bank yang didaftarkan.

8. Penamatan Keahlian House of Perak berhak menamatkan keahlian anda pada bila-bila masa sekiranya anda melanggar terma ini atau melakukan sebarang tindakan yang menjejaskan reputasi syarikat.

9. Privasi & Data (PDPA) Maklumat peribadi anda akan digunakan untuk pengurusan program ahli sahaja dan akan dilindungi mengikut Akta PDPA 2010.

10. Had Liabiliti House of Perak tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian tidak langsung yang timbul daripada penyertaan anda dalam program ini.

11. Undang-undang Malaysia Terma & Syarat ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.